Tanaman sendiri sayur kailan

Sayur kailan ialah satu sayuran yang rata-rata orang gemari. Bila di kedai pokok, jika berkesempatan bolehlah cuba dapatkan benih tanamanan yang sedia ada. Biasanya benih tanaman buah, sayuran serta pokok bunga boleh didapati disana atau menerusi online serta lain2. Terdapat pelbagai produk benih yang sedia ada.

Untuk tanaman sendiri sayur kailan ini, digunakan tanah campuran organik bersama polibeg/pasu utk semaian tanaman sayur kailan. Di pilih dan dibiarkan semaian yang nampak elok sahaja, serta ada yang setelah tumbuh dialihkan pada batas.

kalilan02 kailan01

Menyemai selepas penyediaan tanah. – ringkasan

– Benih disemai pada polibeg/bekas.

kailan  kailan01

kailan hong kong

– Setelah tumbuh, dibuat aktiviti pengalihan/penjarangan. Ketika ini, dialihkan semaian yng tumbuh ke batas/beg/pasu.  Disediakan bilangan beg/batas/pasu mengikut kehendak sepertimana untuk tanaman sayur bayam juga.

– diteruskan jadual menyiram serta membaja mengikut panduan pembekal baja bagi membolehkan sayur kailan tumbuh dengan segar. Semaian baru dibuat ketika tempoh pertumbuhan peringkat pertama, ini bagi persiapan untuk tanaman seterusnya pula. Didapati kailan jenis ini mampu tumbuh sepanjang tahun. Sekurang2nya 6 jam cahaya matahari diperlukan sehari.

Terdapat pelbagai jenis sayur kailan, benih kailan hong kong ini dipilih mengikut kehendak atau keperluan tanamannya.  Keadaan atau jenis media tanaman yang digunakan juga perlud iambil kira serta ditambah dgn penjagaan yang memadai.  Setelah tumbuhan mula tumbuh,aktiviti tambah tanah, membaja, menggembur dan siraman secara rutin dilakukan dalam memenuhi keperluan tanaman sendiri syaur kailan ini.

sayur kailan
kailan