Antara jenis-jenis tanaman cili padi

Mengikut kebiasaannya, antara jenis-jenis tanaman cili padi yang sering disemai dan sesuai ditanam di negara kita ialah seperti Cili Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam. Tidak seperti cili padi hijau tanamannya sebelum ini, yang ini ialah tanaman cili padi mini. Pokoknya agak rendah serta buahnya kecil dan gemuk sedikit. Penyemaiannnya juga dibuat sepertimana tanaman cili padi hijau sebelum ini dan tanaman cili padi untuk kegunaan sendiri tidaklah rumit untuk dilakukan.

cili padi
cili padi mini

Didapati pada peringkat awal, tugasan mengembur, menimbun dan tambah tanah dibuat secara berjadual serta disokong dengan kayu penahan dengan sebaiknya. Tanah campuran organik juga turut digunakan. Siraman pula dibuat secara rutin sebaiknya lebih2 lagi jika ia ditanamkan pada bekas/polibeg di antara jenis-jenis tanaman cili padi yang ada.

cili padi

Pemberian baja dibuat mengikut panduan pembekal baja seperti 1 sudu kecil baja dalam tempoh 10-12 hari pada peringkat awal tanaman. Dan 1 sudu besar dalam tempoh 7-10 hari bagi peringkat seterusnya sehingga waktu tuaian.

Didapati tanaman cili padi mini juga sering didatangi semut2 kecil serta serangga perosak seperti hama. Namun ketika usia pokok cili padi agak matang, ia masih mampu menghasilkan buah walaupun diserang serangga2 sedemekian. Tanaman cili padi mini ini juga didapati daunnya tidak begitu hijau sepertimana tanaman cili padi hijau sebelum ini dan daunnya agak cepat kekuningan serta luruh. Sepertimana antara jenis-jenis tanaman cili padi, buah cili padi sering dimakan oleh burung2 kecil yang menyukainya juga.

cili padi
Tanaman cii padi mini
cili padi
Tanaman cili padi mini