Kunyit yang ditanamkan

Kunyit (Curcuma longa) yang ditanamkan adalah rempah yang kebiasaannya digunakan dalam kari dan masakan masyarakat Asia. Didalam masakan, kunyit dapat dijadikan sebagai bahan pewarna kuning pada masakan. Daun dan bunga kunyit pula boleh dibuat ulam didalam hidangan masakan. Kunyit merupakan tumbuhan herba yang ditanamkan sebagai tanaman tahunan. Tingginya dapat mencecah 1 meter serta berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai….

Pokok mata kucing

Pokok mata kucing dikatakan berasal dari Malaysia, Indonesia dan juga negara China. Euphoria malaiense adalah nama saintifknya. Tanamannya belum berkesempatan untuk menanam pokok mata kucing ini tetapi mahu juga berkongsi info daripada carian yang dibuat. Buah mata kucing seakan buah longan namun berbeza dari segi saiz. Pokok mata kucing mampu tumbuh menegak mencapai ketinggian 20-30 meter….

Pokok rosemary dan keratannya

Pokok rosemary ini asalnya dari kawasan Mediterranean dan biasanya pokok rosmery ini digunakan sebagai tanaman hiasan di laman atau bagi mendapatkan khasiat herbanya. Pokok rosemary dan keratannya adalah dari kelas Magnoliopsida family Lamiaceae yang merupakan tumbuhan herba yang agak unik. Pokok rosemary ini mempunyai pelbagai kegunaan di dalam masakan dan ubat-ubatan. Daun pokok rosmery biasa digunakan sebagai perisa untuk…

Tanaman serai

Serai makan atau nama botaninya ialah Cymbopogen citratus merupakan tumbuhan herba yang banyak manfaatnya. Tanaman serai jenis spesies Cymbopogen citratus ini ialah jenih spesies tempatan yang mudah didapati di seluruh asia tenggara. Tanaman serai makan biasanya digunakan di dalam masakan, terutama sekali oleh Thailand, Kemboja dan Vietnam. Serai juga boleh didapati di China, Paraquay, Guetamala, India, Afrika, Seri Langka…