Tanaman pokok bunga burung

Pokok bunga burung kecil ini kebiasaannya akan kerap berbunga. Pokok mampu membesar dan jangkahayatnya agak lama. Pokok ini boleh sahaja ditanamkan pada pasu atau juga terus ke batas. Kategori jenis pokok ni mungkin boleh dirujuk kepada en.wikipedia.org/wiki/Euphorbia_tithymaloides  , mungkin tak sama tapi serupa.
bunga burung  bunga burung
Keratan pokok bunga burung kecil mudah ditanam semula dengan mencucuk keratan terus ketanah.

bunga burung  bunga burung

Ia mampu tumbuh dengan baik pada pasu atau pada batas. Berbanding dengan pokok bunga burung besar yang didapati agak sukar ditanam semula menggunakan keratan yang diambil. Namun, biasanya bunga sering terhasil baik yang jenis kecil serta yang besar.
Bila selalu digembur dan ditambahkan tanah organik serta dibaja, sememangnya bunga ini akan menjadi lebih sihat.
bunga burung  bunga burung