Tanaman limau kesturi

Limau Kesturi sesuai ditanam di asia tenggara serta mampu tumbuh di kawasan tropika.  Nama santifiknya ialah Citrus microcarpa, Inggeris = Calamasi. Tanamannya ingin berkongsi secara ringkas berkenaan menyemai tanaman limau kesturi ini. Sepertimana sebelum ini, penggunaan tanah organik dan sabut kelapa mampu membantu kita untuk tugasan menyemai tanaman tertentu.

lm05Sabut kelapa yang diisi pada beg atau bekas tanamannya digunakan untuk menyemai tanaman limau kasturi. Di Tanamkan biji benih pada bekas semain yang diisikan tanah campuran yang terpilih atau sabut kelapa. Semaian akan tumbuh seterusnya.

lm02
semain dengan sabut kelapa

Biji benih yang diambil sendiri daripada buah yang cukup masak biasanya digunakan. Biji benih tersebut di jemur seketika pada kawasan yang terdedah pada matahari. Anak-anak pokok yang tumbuh dibiarkan sehingga usia yang sesuai untuk dialihkan pada bekas lain atau terus ke batas yang telah dikerjakan. Ketika mengalih, akar anak pokok dijaga agar tidak terjejas.

lm01Baik pada bekas atau batas, diteruskan membuat siraman serta tugasan2 lain seperti mengembur, membaja mengikut panduan pembekal baja, penambahan tanah dan sebagainya.

lm03 lm04

Difahamkan, ada pokok yang berduri dan ada yang tidak berduri. Buahnya juga agak sikit berbeza daripada segi saiz. Yang ini ialah yang tidak berduri. Ada yang mengatakan, yang berduri ialah limau kasturi asli. Yang berduri sedang dalam proses pertumbuhan, mudah2 an tumbuhlah nanti. Tanaman limau kesturi punyai jangka hayat yang agak lama. Kebiasaannya, buah limau kasturi akan memberi hasil yang berterusan. Sepertimana yang difahamkan limau kesturi sering digunakan untuk menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan serta terdapat pelbagai penggunaan daripada khasiatnya.

4 Comments

  1. Kasih berkata:

    As salam. Saya ada tanam sepokok limau nipis. Banyak kali berbunga dan lebat tapi jadi buah tak banyak, cuma tiga biji saja. 😦
    Pokok limau kasturi saya berbuah lebat.. jaga sama je, kenapa ya?

  2. admin-tanamannya berkata:

    Wa’salam, Mungkin pemberian baja serta tanah gemburan yang baik juga perlu diberi perhatian. Lebihkan perhatian pd pokok limau nipis tu kut berbanding limau kasturi puan, insyaallah lebatlah tanaman puan kasih 🙂

    Mengikut rata2 portal pertanian, digunakan baja tumbesaran dan baja buah mengikut panduan pembekal

  3. Kasih berkata:

    Terima Kasih.

Komentar ditutup.