Agak lasak tanaman pokok jenis ini, Okra

Tanaman pokok bendi okra tumbuh agak baik-baik sahaja jika selalu digembur persekitarannya.  Okra merupakan pokok tanamannya yang dapat dilakukan secara rutin.  Benih okra juga mudah diperoleh dan boleh sahaja biarkan hasil bendi yang pertama dibiarkan tua untuk diambil biji benihnya. Biasa orang lama maklumkan supaya sebaiknya mengambil biji benih daripada hasil tuaian yang mula-mula sekali untuk penanaman semula kemudian.

Bila dibaja semakin menjadilah tanaman, seperti menggunakan kaedah baja tanamannya sebelum ini pun  agak memadai. Ringkasnya ialah dengan baja hijau diguna ketika tumbuhan sedang tumbuh dan gunakan baja biru untuk tingkatkan kekerapan berbuah.  Siraman pula  dibuat untuk mengekalkan kesuburan tanah lebih-lebih lagi ketika musim panas. Okra ini didapati tidaklah rumit dan agak lasak tanaman pokok jenis ini serta mampu bertahan lama dan berbuah berkali-kali.

IMG_7675.JPG

IMG_7673.JPG

IMG_7671.JPG