Agak lasak tanaman pokok jenis ini, Okra

Tanaman pokok bendi okra tumbuh agak baik-baik sahaja jika selalu digembur persekitarannya.  Okra merupakan pokok tanamannya yang dapat dilakukan secara rutin.  Benih okra juga mudah diperoleh dan boleh sahaja biarkan hasil bendi yang pertama dibiarkan tua untuk diambil biji benihnya. Biasa orang lama maklumkan supaya sebaiknya mengambil biji benih daripada hasil tuaian yang mula-mula sekali untuk…

Dicuba tanam sendiri

Tanamannya bila berkesempatan akan mencari benih-benih baru yang sesuai untuk ditanamkan. namun tetap mengekalkan pilihan tanaman rutin yang mahu dibuat. Imej dibawah adalah antara tanaman sayuran yang sedang tumbuh dan ada yang telah dituai. Kesesuaian ialah dimana sama ada tanaman itu dapat dijaga atau tidak. Biasanya tanaman seperti bendi, bayam, kailan, cili padi, terung, kacang…

Baja yang boleh digunakan

Untuk pokok-pokok tanamannya sendiri, baja kimia digunakan untuk pertumbuhan serta ketika menghasilkan buah. Baja hijau 15-15-15 adalah baja kimia yang digunakan oleh tanamannya sendiri malah juga pekebun lain yang bertani. Memang terdapat pelbagai jenis baja yang boleh digunakan serta media yang terkini di pasaran untuk membantu pertumbuhan pokok dengan baik. Baja kimia dikatakan memberi kesan…

Tanamannya yang baru tumbuh

Alam semulajadi dan tanaman adalah berkait rapat. Keadaan persekitaran yang semulajadi atau dikemaskinikan dapat memberi ruang untuk tanaman ditempatkan. Sebagai rutin tahunan bila berkesempatan, tanamannya memulakan beberapa semaian dan antara tanaman rutin seperti kailan, bayam, terung, cili padi, cili kering, cili moden, tomato, bendi, timun, kacang panjang, kangkung, sawi, pak choi berlainan dan beberapa herba tanamannya…

Lagi dengan manfaat sabut kelapa untuk penyemaian dan tanaman pokok

Tanamannya mahu berkongsi tentang manfaat sabut kelapa bagi tujuan penyemaian seperti bagi tanaman pokok terung. Boleh digunakan polibeg atau apa2 bekas yang sesuai untuk diisikan sabut kelapa. Sila rujuk pada post sebelum ini berkenaan info pokok terung tanamannya. Benih terung yang diperolehi sebaiknya direndam semalaman dan ditanamkan pada bekas semaian kemudiannya. Benih semaian dapat tumbuh dalam…

Pokok cermai yang ditanamkan

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang dapat dimakan. Tanamannya ada satu pokok cermai yang ditanamkan di laman, pokoknya agak lama dah tumbuh dan memberi hasil. Pokok cermai mampu peroleh ketinggian sehingga 3-9 m. Batangnya tidak banyak bercabang. Daunnya pula berbentuk bujur, dan punyai ranting yang kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk….

Antara jenis-jenis tanaman cili padi

Mengikut kebiasaannya, antara jenis-jenis tanaman cili padi yang sering disemai dan sesuai ditanam di negara kita ialah seperti Cili Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam. Tidak seperti cili padi hijau tanamannya sebelum ini, yang ini ialah tanaman cili padi mini. Pokoknya agak rendah serta buahnya kecil dan gemuk sedikit. Penyemaiannnya juga…

Pokok buah pulasan

Pokok buah pulasan biasa dilihat ditanam di kawasan kediaman sebagai pokok hiasan. Tanamannya tidak menanam tanaman ini dan cuma mahu berkongsi info yang diperolehi. Buah Pulasan dan nama saintifiknya ialah Nephelium mutabile. Ia merupakan sejenis buah yang menyerupai rasa dan bentuk seperti buah rambutan. Bezanya biji buah pulasan didapati lebih keras dan isinya agak kering…

Tanaman jagung

Jagung merupakan bijirin makanan ruji yang banyak memberi manfaat. Mengikut anggapan mereka yang biasa menanam jagung, pokok jagung tidaklah rumit sangat penjagaannya dan tanah yang sesuai dan subur adalah keperluan utama. Cuma tanaman jagung tanamannya sebelum ini tidak berapa menjadi sangat semuanya walaupun benih yang digunakan boleh dikira menjadi dan didapati masalah utamanya ialah kerana tidak meracun….

Pokok mata kucing

Pokok mata kucing dikatakan berasal dari Malaysia, Indonesia dan juga negara China. Euphoria malaiense adalah nama saintifknya. Tanamannya belum berkesempatan untuk menanam pokok mata kucing ini tetapi mahu juga berkongsi info daripada carian yang dibuat. Buah mata kucing seakan buah longan namun berbeza dari segi saiz. Pokok mata kucing mampu tumbuh menegak mencapai ketinggian 20-30 meter….

Pokok-pokok terung

Tanaman terung kebiasaannya mempunyai jangkahayat yang agak lama berbanding tanaman seperti cili hidup dan tomato. Tanaman pokok-pokok terung ini sering ditanamkan sebagai pokok setahun dan ia mampu berbuah berkali-kali. Agak sesuai juga jika ditanam di kediaman jika berkesempatan dan didapati apabila pokok telah matang, tidak rumit sangat penjagaannya. Terung biasanya digunakan didalam masakan sebagai sayur dan…

Keratan tanaman mulberry

Tanaman Mulberry baik-baik sahaja tumbuh dengan ditanam daripada keratan yang diambil. Setelah penyediaan tanah yang sesuai dilakukan, ditambah pula bersama tanah organik, keratan tanaman Mulberry dicucuk tanamkan pada tanah. Didapati daun-daun baru mulberry akan tumbuh dan menghijau dalam tempoh yang tidaklah lama sangat. Bekas polibeg digunakan bersama keratan mulberry diambil daripada pokok matang yang sedia ada. Jika…