Tanaman sayur kailan bhgn 2

Diikutkan, sememangnya sayur kailan yang ditanamkan pada beg/pasu tidak semua semainnya dapat tumbuh sekata sepertimana pada posting sebelum ini, ada yang kecil dan ada yang besar.
sayur kailan
kailan
kailan hong kong
kailan hong kong
Tanaman sayur kailan jenis hong kong kailan ini dilakukan pada batas serta dijarakkan antara satu sama lain, dapat memberi ruang bagi kailan ini tumbuh dgn lebih baik dan besar. Sebaiknya tuai ketika usia kailan sedang2 elok untuk dimakan. Jikalau besar sangat pun ia tidak sedap. Mungkin bergantung kepada citarasa masing-masing.
sayur kailan
kailan sedang tumbuh
kailan
kailan

Benih kailan disemaikan pada lubang yang dibuat pada batas dan dicabut/jarangkan semain yang tumbuh. Ditinggalkan semain tumbuh yang baik2 sahaja, mengikut susunan yang dibuat. Cuma didapati, benih kailan boleh hanyut jika ia terus disemai ke batas lebih2 lagi pada waktu musim hujan ini.

Baik juga semaian dibuat pada bekas dahulu dan dialihkan kemudian, setakat ini ia bergantung pada stok benih yang ada. Jika tidak, tanamannya semai terus jer ke batas dan dialihkan kemudian jika tanaman sayur kailan ini tumbuh merata-rata.  Pemberian baja, siraman, mengembur antara aktiviti asas yang dilakukan bagi tanaman sayur kailan ini. Diikutkan, masa lapang dilakukan tugasan mengembur dan ditambah tanah campuran bahan organik. Tempoh pemberian baja ialah mengikut panduan produk baja yang ada. Hari2 lain pula, dilakukan siraman keatasnya. Kalau hujan, syukurlah. Tanaman sayur kailan malah kebanyakkan sayur didapati memerlukan sekurang2nya cahaya matahari 6 jam sehari.
kalilan02
sayur-sayur