Lagi dengan manfaat sabut kelapa untuk penyemaian dan tanaman pokok

Tanamannya mahu berkongsi tentang manfaat sabut kelapa bagi tujuan penyemaian seperti bagi tanaman pokok terung. Boleh digunakan polibeg atau apa2 bekas yang sesuai untuk diisikan sabut kelapa. Sila rujuk pada post sebelum ini berkenaan info pokok terung tanamannya. Benih terung yang diperolehi sebaiknya direndam semalaman dan ditanamkan pada bekas semaian kemudiannya. Benih semaian dapat tumbuh dalam…

Pokok cermai yang ditanamkan

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang dapat dimakan. Tanamannya ada satu pokok cermai yang ditanamkan di laman, pokoknya agak lama dah tumbuh dan memberi hasil. Pokok cermai mampu peroleh ketinggian sehingga 3-9 m. Batangnya tidak banyak bercabang. Daunnya pula berbentuk bujur, dan punyai ranting yang kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk….

Antara jenis-jenis tanaman cili padi

Mengikut kebiasaannya, antara jenis-jenis tanaman cili padi yang sering disemai dan sesuai ditanam di negara kita ialah seperti Cili Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam. Tidak seperti cili padi hijau tanamannya sebelum ini, yang ini ialah tanaman cili padi mini. Pokoknya agak rendah serta buahnya kecil dan gemuk sedikit. Penyemaiannnya juga…

Pokok buah pulasan

Pokok buah pulasan biasa dilihat ditanam di kawasan kediaman sebagai pokok hiasan. Tanamannya tidak menanam tanaman ini dan cuma mahu berkongsi info yang diperolehi. Buah Pulasan dan nama saintifiknya ialah Nephelium mutabile. Ia merupakan sejenis buah yang menyerupai rasa dan bentuk seperti buah rambutan. Bezanya biji buah pulasan didapati lebih keras dan isinya agak kering…

Tanaman jagung

Jagung merupakan bijirin makanan ruji yang banyak memberi manfaat. Mengikut anggapan mereka yang biasa menanam jagung, pokok jagung tidaklah rumit sangat penjagaannya dan tanah yang sesuai dan subur adalah keperluan utama. Cuma tanaman jagung tanamannya sebelum ini tidak berapa menjadi sangat semuanya walaupun benih yang digunakan boleh dikira menjadi dan didapati masalah utamanya ialah kerana tidak meracun….