Tanaman terung panjang, bulat dan putih

Terung merupakan tanaman setahun yang sering ditanam oleh pekebun2 kecil malah yang lebih besar. Baik ditanam di batas ataupun ke pasu/bekas, tanaman terung mampu tumbuh dan berbuah.

Tanaman terung semaiannya mudah tumbuh dan penjagaannya ketika pokok matang tidaklah rumit sangat berbanding tomato, cili hidup. Untuk berbuah lebat, pembajaan yang betul diperlukan terhadap tanaman terung panjang, bulat dan putih ini.

IMG_7097

Jangkahayatnya juga agak lama dan mampu berbuah berkali-kali. Tanamannya seperti tahun lalu, ada menanam beberapa jenis terung seperti tanaman terung panjang, bulat dan putih. Nampaknya terung bulat dan panjang tanamannya sedang tumbuh dengan baik, mudah2 an terus tumbuh dengan segar.

IMG_7096.JPG

IMG_7095

IMG_7094