Baja yang boleh digunakan

Untuk pokok-pokok tanamannya sendiri, baja kimia digunakan untuk pertumbuhan serta ketika menghasilkan buah. Baja hijau 15-15-15 adalah baja kimia yang digunakan oleh tanamannya sendiri malah juga pekebun lain yang bertani. Memang terdapat pelbagai jenis baja yang boleh digunakan serta media yang terkini di pasaran untuk membantu pertumbuhan pokok dengan baik.

IMG_7044

Baja kimia dikatakan memberi kesan keatas alam sekitar namun baja kimia hijau dan biru tidak memberi kesan buruk pada tanaman malah ia bermanfaat buat tanaman. Setakat ini baja kimia hijau dan biru dapat membantu pokok-pokok tanamannya sendiri dan merupakan baja yang boleh digunakan. Baja bewarna pula biasa digunakan keatas pokok bunga.

Sebagai memenuhi kehendak atau keperluan hobi menanam, secara ringkas warna pada baja kimia memudahkan kita merangka baja apa yang perlu ketika situasi tertentu.

  • Baja hijau / baja awal untuk pertumbuhan
  • Baja biru untuk penghasilan buah
  • Baja bewarna2 untuk pokok bunga

Baja-baja kimia seperti diatas biasa diletakkan pada tanamannya sendiri mengikut panduan pembekal baja.

Baja oganik ialah baja yang boleh digunakan berbentuk serbuk, digunakan tanamannya untuk tujuan melebatkan serta menghijaukan lagi tanaman. Baja serbuk organik ini dimaklumkan dapat memperbaiki keadaan tanah dan membantu pengaliran air dengan lebih baik. Biasanya tanaman yang diletakkan serbuk organik ini kelihtan lebih berseri. Baja ini biasa digunakan keatas sayur-sayuran. Diletakkan secara jadual berselang dengan baja kimia hijau diatas. Tidak selalu digunakan, jika berkesempatan sahaja tanamannya akan gunakan serbuk organik ini dan hanya diletakkan sedikit pada tanaman pilihan tertentu tanamannya sahaja seperti untuk herba dan kailan.

Baja kimia hijau sesuai digunakan pada sayur-sayuran kerana menggalakkan sayur tumbuh dengan baik dan segar. Namun itulah, memang baja kimia ini dikatakan meninggalkan kesan pada tanah oleh itu tugas mengembur ganti tanah baru boleh dilakukan mengikut jadual untuk mengekalkan kualiti tanah serta alam sekitar.

Diikutkan terdapat pelbagai lagi jenis baja yang boleh digunakan serta teknik penanaman yang ada di pasaran untuk tujuan ‘home gardening.’ Baja semulajadi seperti hampas rumput, air ikan, sabut kelapa juga dapat membantu tanaman. Ia juga mungkin bergantung kepada kesesuaian dan situasi penanam itu sendiri. Kalau dah minat, mesti ada jalannya, mudah2 an.

sawi kerinting

poko rosemary