Tumbuhan Pokok Oregano

Pokok Oregano ataupun (Origanum Vulgare) merupakan pokok yang tumbuh di negara-negara eropah, kawasan mediterenian dan selatan serta di asia. Tumbuhan pokok oregano yang biasa dilihat seperti di Malaysia adalah jenis Cuban Oregano.

Pokok ini seperti famili daun pudina dan ketinggiannya mencecah 1 meter. Oregano mempunyai rasa yang agak unik dan Tumbuhan pokok Oregano dapat dibiakkan melalui biji benih, cucuk keratan batang dan pecahan anak. Yang dibawah ini adalah pokok oregano tanamannya yang tumbuh daripada keratan yang diperoleh.IMG_6560.JPG

Daun oregano mempunyai aroma bau yang wangi serta dapat menambahkan selera makan. Tumbuhan pokok Oregano merupakan antara penawar yang digunakan bagi penyakit seperti masalah pencernaan, batuk sakit kepala dan merawat bengkak dan lebam.

Tumbuhan pokok Oregano dikatakan mampu melegakan sakit tekak dan sakit kerongkong dengan menjadikannya seperti teh untuk diminum.

Bagi yang menghadapi masalah pencernaan dan sakit perut, boleh juga digunakan daun oregano ini dengan cara2 tertentu untuk melegakan sakit tersebut.

Kebiasaannya tumbuhan pokok oregano yang ditanamkan boleh digunakkan dalam pelbagai masakan serta sangat baik untuk kesihatan jika mengamalkan makan daun oregano ini sebagai ulam.

IMG_6559.JPG