Pokok rosemary dan keratannya

Pokok rosemary ini asalnya dari kawasan Mediterranean dan biasanya pokok rosmery ini digunakan sebagai tanaman hiasan di laman atau bagi mendapatkan khasiat herbanya. Pokok rosemary dan keratannya adalah dari kelas Magnoliopsida family Lamiaceae yang merupakan tumbuhan herba yang agak unik.

pokok rosemary

Pokok rosemary ini mempunyai pelbagai kegunaan di dalam masakan dan ubat-ubatan. Daun pokok rosmery biasa digunakan sebagai perisa untuk pelbagai jenis makanan lebih2 lagi ketika memanggang daging.

Pokok Rosemary dan keratannya mempunyai banyak kegunaan dan khasiatnya seperti anti-kanser dan anti-tumor, merangsang sistem saraf, meningkatkan daya ingatan, melegakan sakit otot,merawat sindrom kejutan toksik. Ia punya sifat antiseptik, dimana ia dapat menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, selalu digunakan dalam farmasi dan kandungan didalam ubat gigi.

poko rosemary

Setelah penyediaan tanah dibuat, pokok rosemary dan keratannya dicucuk tanamkan. Tanah campuran hitam dan merah dengan nisbah 3 dan 1 bersama sedikit campuran tanah organik 6 in 1 akan digunakan sebagai penyediaan tanah tanamannya herba ‘Home Gardening’ untuk tujuan penyemaian serta mengembur. Siraman dibuat 2 kali sehari dan tanaman pokok rosemary dan keratannya akan tumbuh membesar sepertimana lain-lain tanaman yang biasa ditanam daripada keratan.

tanah campuran

tanah campuran

Dilakukan pembajaan mengikut panduan pembekal baja, seperti bagi pokok kecil diletakkan baja selang 10-12 hari sekali, bagi pokok besar 7-10 hari, sekali. Tanaman pokok rosemary dan keratannya memiliki banyak manfaatnya seperti boleh bertindak sebagai tanaman pengusir nyamuk dimana bau aromanya yang unik mampu mengusir nyamuk. Dengan memiliki bentuk tanaman yang unik menarik dan banyak kegunaannya, bunga daripada pokok rosemary memiliki nilai jual yang tinggi di pasaran.