Pokok-pokok terung

Tanaman terung kebiasaannya mempunyai jangkahayat yang agak lama berbanding tanaman seperti cili hidup dan tomato. Tanaman pokok-pokok terung ini sering ditanamkan sebagai pokok setahun dan ia mampu berbuah berkali-kali. Agak sesuai juga jika ditanam di kediaman jika berkesempatan dan didapati apabila pokok telah matang, tidak rumit sangat penjagaannya.

Terung biasanya digunakan didalam masakan sebagai sayur dan berkait rapat dengan tomato dan ubi kentang. Nama botaninya ialah Solanum melongena, berasal daripada istilah arab untuk sejenis pokok terung. Didapati saiz jenis-jenis pokok terung adalah berbeza-beza daripada kecil hingga besar dan kebiasaannya ia ditanam untuk dimakan. Terung punyai beberapa jenis warna seperti unggu, hijau dan putih.

terung

terung

terung

terung

terung

 

terung

terung

Sepertimana cili dan tomato, benih terung disemai pada lubang di bekas semain yang dibuat tanamannya. Dilakukan tugasan rutin seperti menyiram 2 kali sehari dan meletakkan baja ketika anak pokok membesar mengikut panduan pembekal baja tanamannya. Tanaman pokok-pokok terung yang disemai pada bekas dialihkan ke batas ketika keadaan anak pokok nampak semakin membesar.

Di batas, dilakukan pengemburan tanah dan ditambahkan tanah campuran organik padanya termasuk memberi baja mengikut jadual. Lagi dijenguk, semakin ia menjadi tanaman pokok-pokok terung ini. Diberikan juga sabut kelapa dengan menaburnya pada batas dan dilakukan penyiraman secara rutin. Ia membantu bagi mengekalkan kelembapan tanah.

terung

terung

terung07

terung

terung

terung

terung05

terung

terung

Terung yang dikisar serta diminum boleh melawaskan kencing dan dikatakan elok untuk keperluan wanita mengandung. Ia membekalkan vitamin yang menjaga janin dalam kandungan. Terung juga dapat menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka dengan mengisarnya serta disapukan pada kulit muka. Antara khasiat lain terung ialah, ia merupakan agen antiangiogenisis yang mampu bantu mencegah penyakit kanser.

Pokok-pokok terung dan benihnya biasa boleh didapati di kedai-kedai pokok malahan pembelian boleh dibuat secara online. Media tanaman yang digunakan tanamannya setakat ini, rata-rata ialah daripada produk tempatan.