Cekur manis asin-asin

Cekur manis biasanya senang didapati terutama di kawasan kampung. Di ibukota juga ada yang menanamnya jika memerlukan. Tanaman herba ini juga tidaklah rumit untuk ditanamkan. Jika di cucuk keratannya begitu sahaja pun, ia mampu tumbuh subur kembali lebih2 lagi jika ditanam bersama campuran tanah organik. Cekur manis kini juga giat ditanamkan secara ladang, hasilnya boleh dipetik untuk pelbagai tujuan lebih-lebih lagi untuk produk ubatan,. Jangkahayat cekur manis asin-asin juga agak lama iaitu boleh mencecah bertahun-tahun.

cekur manis
cekur manis

Khasiat tanaman herba ini berpotensi untuk dibuat bahan ubatan. Difahamkan, wanita bersalin boleh merangsangkan penghasilan susu dan pemulihan rahim daripada khasiat cekur manis ini. Cekur manis boleh direbus dan diminum airnya untuk meredakan demam panas, pening, masalah pembuangan air, tekanan darah tinggi dan pitam. Ada lagi pelbagai manfaat2 yang diperoleh daripada tanaman cekur manis asin-asin ini.

cekur manis
cekur manis

Cekur manis ini biasanya boleh didapati di negara asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Kebiasaannya, cekur manis@asin-asin ini dijadikan sebagai hidangan sayuran di dalam masakan.

ck3

Video sampingan cekur manis asin-asin. Kredit kepada The Amazing Garden, link diambil daripada youtube The…

Sauropus androgynus