Tanaman kacang bendi kecil

Ini ialah tanaman pokok bendi kecil. Kebiasaannya, tanaman bendi tidaklah susah untuk tumbuh. Cuma untuk memperoleh hasil yang baik dan jangkahayat yang panjang, perlulah dijaga tanaman ini. Bendi yang jenis ini agak berbeza dengan tanaman bendi ‘okra’ pada posting sebelum ini.
bendi
Pokoknya tidaklah tinggi sangat ketika mula menghasilkan buah. Ia punyai Cabang yang lebih dan agak rendang sejak kecil, buahnya juga bewarna kehijauan tua serta lebih kecil dan rangup bila dimakan.
bendi   bendi
bendi    bendi
Untuk tanaman kacang bendi kecil ini, tuaian perlu dibuat secepat mungkin apabila bendi terhasil. Ini kerana jika bendi terlalu besar atau panjang, tidak sesuai sangat untuk dimakan kerana terlalu liat. Berbeza dengan tanaman bendi yang sebelum ini, kalau panjang pun masih elok untuk dimakan walaupun liat.
Kebiasaannya, bendi akan mengeluarkan bunga kuning yang unik dan seterusnya menghasilkan buah. Untuk mengelak benih hanyut jika ditanam terus ke batas, benih ini disemai ditanam pada polibeg dahulu. Setelah tumbuh kemudiannya, ia dialih tanamkan pada batas yang disediakan.
bendi
bendi
bendi05
Tambahan tanah, mengembur, membaja dan menyiram ketika pokok usianya muda ini adalah aktivii rutin yang dilakukan. Ketika usianya agak matang,tanaman kacang bendi kecil ini tidaklah banyak kerenahnya, boleh dibiarkan dan pokok tetap berbuah. Tanamannya meletakkan baja mengikut panduan pembekal baja.