Tanaman pokok tomato

tomato11
Agak memadailah juga menanam pokok tomato jenis ini. Pokok yang ini tumbuh tidaklah besar sangat, boleh juga ia dapat mengeluarkan tomato yang ranum 10-12 biji (tidak serentak). Saiz buahnya, sedang2 elok sahaja dan agak rangup. Oklah..

Yang sedang tumbuh pula pokoknya tumbuh lebih besar dan memberi hasil yang lebih. Dah ada 20 biji satu pokok yang sedang masak. .

tomato1tomato2
Yang dibawah ini ialah pokok yang terbantut dan daunnya agak jadi kecut, tapi ada juga menghasilkan buah. Mungkin yang ini, ada yng tidak kena ketika kerja mengalih pada mula2 serta  mungkin jarak tanaman terlalu dekat antara pokok tomato ini atau usia tidak sesuai ketika mengalih serta didapati ada salah pembajaan. Yang ini masih memerlukan pendapat tips rujukan drpd yng arif.
tomato4tomato5

Pokok tomato baru sedang tumbuh, Mudah2 an, tumbuhlah lagi hendaknya 🙂 Kali ni, kelihatan buah nampak hasilnya lebih, dan sedang masak. Benih tamato yng diperolehi ditanamkan pada bekas semaian. 2-3 biji benih ditanam pada lubang yng dibuat. Disiramkan 2 kali sehari dan ditinggalkan semain tumbuh yang baik sahaja pada bekas semaian yang dibuat.

tomato8tomato13
Diikutkan, jika di semai begitu sahaja pada tanah mahupun didalam bekas/pasu ia mampu tumbuh juga. Bergantung kepada kehendaknya…juga malah kalau tangan jenis menjadi, tumbuhlah.
tomato12
Bila semaian mula tumbuh dan membesar,membaja dan tambah tanah dilakukan. Didapati, sebaiknya di biarkan anak pokok ini menjadi lebih matang/tinggi, kemudian baru dialih pada batas atau bekas/pasu. Ini mungkin dapat mengelak daun jadi kecut atau pokok terbantut bila dialih pada batas/bekas kemudian. Ketika di batas di lakukan aktiviti asas seperti gembur tanah, membaja, siraman dan yang berkaitan.
tomato6
Kalau diikutkan, tanaman tomato ini boleh sahaja disemai bersama sabut kelapa jika tidak mahu menggunakan tanah. Ia mampu tumbuh dan kemudian dialihkan pada batas tanah bercampur bahan organik sebaiknya, ini mengikut percubaan menyemai tanaman tomato sebelum ini. Untuk mendapatkan buah lebat, rasanya penggunaan baja dlm tempoh yang betul diperlukan.
Sepertimana yng ramai sedia maklum, selain penggunaan tanah + bahan organik, sabut kelapa, terdapat pelbagai lain2 kaedah semaian tanaman pokok tomato jenis ini dan cara tanaman terkini di luar sana yang boleh digunapakai.