Menanam selasih, basil, kemangi

Mengenai tanaman herba iaitu selasih atau basil. Tanaman ini punyai batang yang lunak dan tidak berbentuk kayu. Daun, bunga dan bijinya dapat dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan. Benih selasih boleh didapati dari rata2 kedai pokok atau pembekal benih yang sedia ada. Keratan pokok selasih atau basil yang telah matang juga boleh ditanam semula dengan menanam keratan yang dibuat ke batas yang telah dikerjakan atau bekas yang dipilih. Kemudian tanaman mampu tumbuh kembali seterusnya.

selasih03

Semain pokok selasih/basil/kemangi ini bersama benih yang diperoleh dibuat pada beg yang diisikan tanah campuran organik dan semaian dibuat pada keadaan tanah yang lembap. Di Tanamkan benih selasih pada bekas atau beg semain yang terpilih dan dilakukan siraman 2 kali sehari.

Dalam tempoh beberapa hari, pokok tersebut akan mula tumbuh.

selasih02selasih01

Semaian yang tumbuh dan yang kukuh dialihkan pada batas yang telah disediakan atau terus ke bekas yang lebih besar. Penyediaan batas bersama tanah baru bersama campuran tanah organik yang terpilih dan keadaan tanah akan menjadi lebih subur untuk ditanam. Tanaman Pokok Selasih juga boleh ditanamkan didalam pasu atau lain2 bekas yang bersesuaian. Aktiviti rutin seperti menyiram, mengembur, menambah tanah, membaja dan tugasan berkaitan perlu dijalankan dan ialah sebahagian daripada tugasan penjagaan tanaman herba ini.

selasih04
Selasih mengeluarkan bau yang wangi dan kebiasaannya boleh dijadikan ulam didalam hidangan masakan dirumah. Ia boleh dijadikan rempah2 serta bahan penyegar. Sila rujuk kepada laman2 pertanian yang sedia ada mengenai khasiat dan info2 mengenai selasih, basil serta ada yang  memanggilnya kemangi.

2 Comments

  1. Kasih berkata:

    As salam. Saya suka blog ini, bermanfaat…

  2. admin-tanamannya berkata:

    Wa’Salam. Terima kasih buat info 🙂

Komentar ditutup.